.:: Pengemis Cinta ILAHI, Perindu Syahid ABADI::.


 

boyfren1.jpg

 

 

boyfren2.jpg 

 

 

Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang
keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)

 

Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi
awak menghampiri zina.

 

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar,
minum-minum….adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke
lembah perzinaan.

 

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak
berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang.
Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya.
Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah
banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis
amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus.
Ia telah menipu moyang kita yang pertama. Adam
dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika
dibandingkan dgn Adam dan Hawa? Iblis amat
licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001
cara. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau
bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya
adalah syaitan (Tabrani). Syaitan akan
menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk
menghadapi tipu daya iblis.

 

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus
kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam
telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua
muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan
dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya
tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.
Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta
hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu
pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti
di situ sahaja. Percayalah,ia akan berlanjutan dan
berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kpd
perzinaan akhirnya?

 

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun
zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan
peringkatnyak ada zina betul, ada zina tangan iaitu
berpegang-pegangan, ada zina mata iaiut melihat
kekasih dgn perasaan berahi. Melihat auratnya
juga zina mata. Zina hati iaiut khayalan berahi dgn
kekasih sepertimana yg dinyatakan oleh
Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan
zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga
berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke
tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan
zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan dan lorong menuju kpd perzinaan
amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau
melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh
membawa kpd perzinaan.

 

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang
pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah
tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-
hambaNya. Kita nak belajar nak keberkatan. Kalau
cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh
Allah, kejayaan tidak akan mambawa
kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih
lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran
yang mulia. Allah suka kpd org yg berilmu. Jadi
belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi
macam ni akan ditulis ibadah oleh malaikat Raqib
dan Atid?

 

Sungguh! Bincang pelajaran shj. Ni study group.
Study group…? Nampak lain macam saja, manja,
senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.
Takkan study group berdua shj? Kemana-manapun
berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai
sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni…..betul
ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja
bincang pelajaran, yg lain tu…. banyak masa
dihabiskan dgn fantasi cinta!

 

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak
berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang
sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu.
Kita manusia. Jgn menafikan fitrah manusia. Kita
ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

 

Kami sama-sama belajar, study group, saling
memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan
belajar? Habis sudahkan kaum sejenis yg boleh
memberikan motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita.
Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn
kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak
terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

 

Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan
dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh
terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian drpd kesempurnaan
kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka
kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorg, tak
normal namanya. Islam bukan dating membunuh
naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh
membunuh naluri spt yg dilakukan oleh para paderi
atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd
diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau
perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah
fitrah. *****a tundukkan naluri itu utk patuh pd
perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya.
Jgn jadi malaikat! Krn Allah ciptakan kita sbg
manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar
tanpa naluri atau nafsu.

 

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.
Cinta berlaku setelah ijab qabul: cinta selepas
berkahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg
bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan
agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu
perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih
baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan
perempuan sebelum kahwin, ia
membawa “sesuatu” sbg ganti yg lebih baik iaitu
perkahwinan. Sabda Rasulullah: Tidak ada yg lebih
patut bg dua org yg saling mencintai kecuali nikah.
(Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia
terlalu mulia.

 

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri
kpd perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu
perasaan turut terusik. Kemudian perasaan
dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.
Kemudian mencari tpt sunyi sedikit. Kemudian
berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan
makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk
makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang
macam pengantin baru semalam……Bukankah
meereka semakin hampir dan dekat dgn
perzinaan? Penghujung jln cinta adalah perzinaan
dan kesengsaraan. Berapa ramai org yg bercinta
tlh sampai kpd daerah perzinaan dan
kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yg
melahirkan kita dalam keadaan bersih tanpa noda
drpd seekor nyamuk sekalipun!

 

Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat,
tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yg mencipta manusia, Dia tahu kekuatan dan
kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian.
Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara
yg ditegah takut manusia akan kecundang.

 

Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kta manusia dari keturunan Adam dan Hawa,
sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah
mengingatkan manusia walaupun bahaawa mereka
tidak akan tahan dgn ujian walaupun kecil. Allah
takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah
tegah Adam dan Hawa supaya jgn makan buah
khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan.
Allah tahu kelemahan pd ciptaan manusia. Tak
tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan
Hawa, jg hampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu did
lm syurga serta makanlah dr makanannya sepuas-
puasnya apa shj kamu berdua sukai, dan jgnlah
kamu hampiri pokok ini, (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari
org-org yg zalim.
(al-A’araf:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah
khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan
Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara
tegahan, takut nanti mereka akan memakannya.
Krn mereka tdk dpt mengawal diri. Demikianlah
dgn zina. Ditegah berzina. Maka jln kearah
perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan
dgn godaan perzinaan kedua-duanya akan
kecundan. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman
nenek moyang kita Adam dan Hawa.

utk mengenali hati budi pasangan sblm buat
keputusan berkahwin. Tetapi cinta lepas kahwin
banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita
secara dekat. Bercinta adalah
Bolehkah percaya dgn perwatakan masa sdg
bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-
buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan
berlakon dgn watak yg terbaik. Penyayang,
penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa
bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa
bercinta, merajuk ada yg akan pujuk. Jgn harap
lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg memujuk.
Banyak org yg kecewa dan tertipu dgn
keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai
pasangan jauh berbeza. Macam langit dgn bumi.
Masa bercinta, dia seorg yg amat penyayang,
penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat
sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat
lima mini, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dlm
masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan
adalah suatu kepuran atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang
kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak
mendapat redha Allah? Kebahagian adalah
anugerah Allah kpd hamba-hambaNya yg terpilih.
Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia
hanya merancang kebahagiaan. Allah yg akan
menganugerahnya. Bagaiman mendapat anugerah
kebahagian itu, jika jln mencapai kebahagian itu
tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah
tangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah
tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak
akan meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai
Allah adalah cinta slps kahwin. Bagaimana utk
mendpt keluarga yg bahagia jika langkah mula
sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

 

Tanya sikit… adik angkat, kakak angkat, abang
angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua itu adlah perangkap syaitan dan iblis.
Hakikatnya adalah sama. Cinta yg dberi nafas
baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya
adlah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang
angkat dalah suatu betuk tupu daya iblis dan
syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya “angkat”
ini sebenarnya telah masuk ke dlm perangkap
syaitan. *****a menunggu masa utk dikorbankan.
Namakan apa nama sekalipun, semuanya adalah
sama. Jln akhirnya akan bertemu dgn zina.

 

Jadi, seolah-olah org yg bercinta telah hilang
maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh
manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sbb ukuran
manusia sering berbeza-beza, Org yg sdg mabuk
bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak
menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala,
bg org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn
cinta sblm kahwin, akan mengatakan org yg
bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya
ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima
cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau
tidak adalah ditentukan oleh Allah.

 

Adakah org yg bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya.
Org yg bercingta seolah-olah cuba menggadai
maruahnya krn mereka menghampiri perzinaan.
Manakala org yg bercinta dan pernah berzina tidak
layak berkahwin kecuali dgn org yg pernah berzina
juga. Mereka tidak layak utk berkahwin dgn org yg
beriman. Allah berfirman:

 

Lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkawin
melainkan dgn perempuan yg berzina melainkan
dgn perempuan yg berzina atau perempuan
musyrik; dan perempuan yg berzina itu pula
(lazimnya) tidak ingin berkahwin dgnnya melainkan
oleh lelaki yg sdg berzina atau lelaki musyrik. Dan
perkahwinan yg demikian itu terlarang kpd org-org
yg beriman.
(Surah al-Nur:3)

Jadi org yg pernah bercinta juga tidak sesuai utk
berkahwin dgn org yg tidak pernah bercinta.
Tidakkah itu suatu penghinaan dr Tuhan.

Jadi org yg bercinta hanya layak berkahiwin dgn
org yg pernah bercinta juga?
Itulah psgn yg layak utk dirinya. Krn wanita yg baik
adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita
yg baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji
cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki.
Mereka hanya menunggu peluang keemasan shj.
Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap
krn ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang
dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki,
apabila ingin mengambil seseorg wanita sbg isteri
dan seterusnya menjadi ibu yg baik utk anak-
anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi
utk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki
biasanya akan memilih perempuan murahan krn ia
suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia
lelaki.

Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd
pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada org lelaki normal suka pd barang
yg ‘second hand’ sedangkan barang yg baru masih
ada. Sesetengah mereka menggambarkan
perempuan spt kereta yg diletakkan di show room
shj; display only. Tapi ada yg boleh test drive. Ada
pula yg kata; sekadar sepinggan mee goreng dan
segelas sirap bandung, bawalah kehulu, kehilir.
Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Masih adakah org yg tidak bercinta di zmn ini?
Ya, masih ada org yg suci dlm debu. Golongan ini
akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil.
Mereka akan bertemu suatu hr nanti. Mereka aa
psgnnya. Firman Alllah:

Dan org-org lelaki yg memelihara kehormatannya
serta org-org perempuan yg memelihara
kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd
melakukan zina)..Allah telah menyediakan bg
mereka semuanya keampunan dan pahala yg
besar.
(al-Ahzaab:35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat
nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan
drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk
mendpt redhaNya.

Kami ingin mendpt redha Tuhan. Tunjukkanlah
bagaimana taubat nasuha.
Taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya.
Taubat yg memuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan
hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk
hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3. Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan
bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seorg yg
bernama isteri atau suami. Saatnya adlh slps Ijab
Kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau maha pengampun dan
penerima taubat. Berilah kekuatan kpdku utk
menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan
kpdkku perasaan benci kpd maksiat. Hiasilah
diriku dgn akhlak yg mulia. Ibu dan ayah, anakmu
berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dgn kasih
sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kpd org
lain. Amin, Ya Rabb.
Moga Allah terima taubatmu.

Kita berpisah krn Allah. Kalau ada jodoh, tidak
kemana!
Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka dtg
kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat
mereka.

 

 

 

"Ya Allah, bimbinglah aku ke landasan yang kau redhai..pimpanlah aku ke jalan yang benar..jangan biarkan ku hanyut dengan dosa-dosa..panggillah aku kembali kepadaMU Ya Allah, seandainya ku alpa tentang perjanjianMu dan pembalasanMu di Akhirat.."

 

Subhanallah..


aisyahmujahidahislam wrote on Jul 20, '07, edited on Jul 20, '07
Assalammualaikum..

Aisy nk ckp smting..Aisy post yg bertajuk mcm ni psl nk ingatkan kawan2 Aisy..bukan nk perli sape2..Aisy SAYANG kawan Aisy..Aisy sedih tau nmpk kawan Aisy sendiri wat bende yg tidak sepatutnya buat dalm islam..Apa lag kite sume dari Madrasah..Aisy pn bukannya baik sngt kan..tapi Aisy nk ingatkan jek kawan Aisy bahawa Allah sentiasa perhatikan diri hamba-hambanya..bertaubatlah sebelum Allah meLaknat diri kita..


Aisy sendiri doakan untuk kawan2 Aisy liddunya walAakhirah..Ingat tu..

Semoga Allah memberikan hidayah kepada seluruh makhlukNya di bumi ini..
nasu3028 wrote on Jul 22, '07
Mabruk!mabruk pada saudari..moga anti diberi ganjaran setimpal diatas peringatan ini. Saya sokong sgt dgn maqalah ini. cume satu je..cam ade berat sebelah jek? :-) ..mana boleh salahkn kaum laki je..wlaupun mmg hakikatnye ramai laki yg cam tu.hehe gurau je..ma'assalama ya ukhti.Mabruk!!
aisyahmujahidahislam wrote on Jul 22, '07
syukran jazilan ya ukh..saya bkn salahkan kaum Adam tetapi sya sampaikan ni pada kaum Hawa jgk..
Harap mereka sume dapat meseg yg disampaikan..Amen
laskarcinta1234 wrote on Jul 29, '07
salam, moga taubat kita diterima, insyaALLAH DIA maha pengampun... saya amik nak kongsi ngan rakan yang lain... supaya mereka semua faham dan terbuka hati untuk menilai cinta mereka sekarang. benar atau tidak caranya. terima kasih sahabat...
aisyahmujahidahislam wrote on Aug 3, '07
sama2..sebagai org islam, da tanggungjwb sy untuk ingatkn mereka..syukran juga psl bc post sy ni..hehe
Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design - Copyright © 2005 Sam Royama All rights reserved.