.:: Pengemis Cinta ILAHI, Perindu Syahid ABADI::.

Blog EntryKhas Untuk Sahabat ku..Jul 8, '07 10:27 AM
for everyone


sahabat ku

 

 

Assalamualaykum wbt…

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa..

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa,
Menjadi satu yang sempurna.

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam.

Allah telah berpesan,
Innamal mu’minunal ikhwah,
Sudah jelas pesanan
Kita semua bersaudara sedarah…
Jadi sahabatku,
Bersahabatlah kerana Allah,
Kerana kau dan aku..
Hanyalah seorang `abdullah.,

`Abdullah itu, sahabatku
Tidak punya apa-apa,,
Melainkan hanya satu,
Itulah Allah yang Esa.,

Maafkanlah kesilapannya,
Kerana kau juga banyak silap,
Raikanlah kelebihannya,
Dia raikan dirimu terlalu acap.

Berlapang dadalah sahabat.
Kerana itu serendah ukhwah
Berkorbanlah sahabat,
Kerana itu setinggi ukhwah.

Marilah sahabat,marilah temanku,
Kita pupuk persaudaraan bersama,
Persaudaaraan kerana Ar Rahman Ar Raheem,
Supaya kita bersama ke syurgaNya..

Itulah setinggi harapan,
Bersama bersua di syurga indah,
Moga doa dimakbulkan tulus ini,
Bertemu berpisah kerana Allah

Bertemunya kita tidak pernah jemu..berpisahnya kita tidak pernah gelisah…ukhwah kita tunjangnya kerana Yang Khaliq…insyaAllah..~

Ameen…Bi iznillah Ya Allah…

pimpinlah kami..tautkanlah kemesraan di antara hati-hati ini…

Mantapkan sahsiah,

Utuhkan ukhwah,

Sahihkan ibadah…

Allah Matlamat Utama, RedhaNya dijejaki…

Sahabat, Teman,

jom buka ufuk jiwa..kuntum cinta Rabitah akan terus tumbuh segar sesegarnya kuntuman nailofar…=)

Ana uhibbukum fi Al Islam..Fi Ilahi

Berkatilah dan rahmatilah kami Ya Allah dalam perjuangan ini…

tabahkan hati kami…

sehati sejiwa dulu kini dan selamanya…ameen~

Kudambakan cinta ILAHI, redhaNya Kujejaki..

Ali bin Jabalah berkata:

Semoga kebahagiaan menjelma

semoga jiwa kita terubat dengan harapan

maka janganlah menyerah kalah

sebab jika kau menyerah

kecemasan akan menyergap jiwa

seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan

adalah orang yang memiliki harapan..

Dan itulah juga harapan dan doa ana untukmu teman…moga senyuman selalu terukir..senyumlah dengan senyum yang menggembirakan…sabarlah dengan sabar yang indah =)

Dikau akan melihat sendiri keceriaan wajahnya,

jika dikau bertemu dengannya,

seolah dikau memberikan kepadanya sesuatu,

yang dikau sendiri perlukannya…=)

Tersenyumlah ~..biarkan kedukaan itu di langit!

One Thousand Million Smile

by Allahyarham Sudirman


Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help

Template design - Copyright © 2005 Sam Royama All rights reserved.