Assalamu’alaykum warahmatullahi wa barakatuh,
Nota ringkas ini titipan buat mereka yang disayangi kerana Allah, ukhwah itu lebih indah pabila tunjangnya kerana Allah, juga Islam itu lebih indah pabila dihayati dan dipamerkan dengan perbuatan.. Kunu kassyamati bainannas
Dalam riak wajah ada pancaran dakwah
Dalam tutur bicara ada gema tarbiyah
Dalam gerak langkah ada semangat mujahadah
Kita lupakan wajah yang layu
Kita tinggalkan bicara pilu
Kita kibarkan langkah yang lesu
Bangkitlah pejuang
Tatkala yang hak mendabik dada
Dan kebatilan akur menyembah
Allah tahu bahawa kita
Pernah menyeka peluh dan air mata
Demi Islam tercinta…
“Bertemu cinta dalam halaqah,
Hidup indah lebih terarah,
Menyulam tautan hati kerana Allah,
Terpaterilah ikatan akidah..”
- Tautan Hati, Telaga Biru